Diagnosis pembezaan Penyakit_anemia

Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini.
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Penyakit anemia (Inggeris).
Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk.
Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Anemia dikelaskan menurut saiz sel darah merah; ini sama ada dilakukan secara automatik atau melalui pemeriksaan mikroskop ke atas lumuran darah periferi (peripheral blood smear). Saiz ini digambarkan dalam min isipadu korpuskel. Sekiranya sel adalah lebih kecil berbanding normal (bawah 80 fl), anemia dikatakan sebagai mikrositik (microcytic); sekiranya ia bersaiz normal (80-100 fl), normositik (normocytic); dan sekiranya ia adalah lebih besar berbanding normal (lebih 100 fl), anemia ini dikelaskan sebagai makrositik (macrocytic). Ciri-ciri lain yang boleh dilihat pada lumuran periferi mungkin memberikan petunjuk untuk diagnosis yang lebih khusus; sebagai contoh, sel darah putih luar biasa mungkin menunjukkan punca dalam sum-sum tulang.

Anemia mikrositik

Kekurangan zat besi merupakan sebab paling kerap untuk anemia jenis ini berlaku. Namun anemia mikrositik juga boleh berlaku kerana penyakit-penyakit darah (hemoglobinopathies) lain seperti anemia sel sabit dan talasemia.

Anemia kerana kekurangan zat besi (ferum) berlaku apabila pengambilan zat besi dalam diet tidak mencukupi, atau penyerapannya tidak berlaku dengan sempurna. Zat besi merupakan elemen penting dalam hemoglobin. Hemoglobin adalah sejenis pigmen yang terkandung dalam sel darah merah. Pigmen ini berfungsi sebagai tempat untuk oksigen berpaut (oxygen-binding site). Apabila kandungan zat besi rendah, kadar hemoglobin dalam sel darah merah juga berkurang. Wanita sering mengalami masalah ini, kerana kadar wanita kepada lelaki yang mempunyai masalah ini adalah 10:1 (sepuluh wanita untuk satu lelaki). Hal ini sering dikaitkan dengan pendarahan teruk (heavy bleeding) yang dialami sesetengah wanita. Kajian menunjukkan pelajar perempuan dengan tahap zat besi yang rendah berprestasi lebih teruk dalam pelajaran dan tahap IQ berbanding gadis normal dan pelajar lelaki. Kekurangan zat besi juga boleh disebabkan pendarahan dalaman, terutama sepanjang saluran alimentari (mulut, esofagus, perut, duodenum, jejunum, ileum, usus besar atau kolon, rektum dan dubur). Walaupun sebabnya berbagai-bagai, pendarahan di mana-mana tempat sepanjang salur ini boleh disebabkan oleh kanser. Oleh itu, tempat dan sebab pendarahan berlaku perlu dikenal pasti dengan tepat oleh doktor bertauliah.

Anemia normositik

Anemia normositik selalunya disebabkan kehilangan darah yang banyak dalam masa yang singkat, seperti yang dialami orang yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya atau orang yang mengelar pergelangan tangannya dalam cubaan membunuh diri. Penyakit yang kronik selalu menyebabkan tubuh gagal menghasilkan sel darah merah yang cukup (berbeza dengan anemia milrositik yang disebabkan kekurangan hemoglobin, bukan sel darah). Sebagai contoh, kegagalan ginjal yang kronik menyebabkan pengurangan kadar rembesan eritropoietin, hormon penting dalam pembinaan sel darah merah. Kerosakan pada hati juga menyebabkan perkara sama terjadi.

Anemia jenis ini juga berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah keseimbangan hormon (hormonal imbalance), terutama kekurangan testosteron atau hipogonadisme. Anemia sideroblastik (sideroblastic anemia) juga termasuk dalam kategori ini. Anemia sideroblastik adalah salah satu simptom untuk sindrom myelodisplastik (myelodysplastic syndrome). Sindrom ini merupakan satu kumpulan masalah yang berpunca dari sintesis sel darah merah yang tidak normal. Sindrom ini selalunya akan menjadi leukemia.

Anemia aplasia, atau kegagalan sum-sum tulang merupakan anemia yang disebabkan oleh kegagalan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah. Anemia aplasia jarang berlaku jika dibandingkan dengan anemia yang disebabkan kecacatan genetik atau gizi tidak seimbang, namun ia berkembang dan memburuk dengan lebih pantas.

Anemia makrositik

  • Punca utama anemia makrositik adalah kekurangan sama ada vitamin B12 atau asid folik (atau kedua-duanya) akibat kekurangan pengambilan atau masalah penyerapan .[1] Anemia pernisius (pernicious anemia) adalah keadaan autoimun (autoimmune) di mana tubuh kekurangan faktor intrisik yang diperlukan bagi menyerap vitamin B12 daripada makanan.
  • Ketagihan alkohol boleh menyebabkan anemia makrositik.
  • Anemia hemolitik adalah anemia di mana pelupusan atau degradasi (degradation) sel darah merah berlaku terlampau cepat. Jaundis (demam kuning) dan peningkatan tahap enzim laktat dehidrogenase (lactate dehydrogenase) merupakan simptom-simptom anemia hemolitik. Sebabnya berbagai-bagai, antaranya autoimun, masalah genetik ataupun masalah mekanikal seperti pembedahan jantung atau sirosis hati (liver cirrhosis)

Rawatan untuk kekurangan vitamin B12 (yang menyebabkan anemia makrositik) telah dijumpai oleh William Parry Murphy. Beliau melukakan anjing-anjing eksperimen sehingga semuanya menjadi anemia, dan kemudian memberi mereka pelbagai bahan dan zat makanan untuk mencari bahan yang mampu mengubat anemia. Berdasarkan kajian beliau ini, memakan hati mampu mengurangkan simptom dan akhirnya menyembuhkan anemia. George Richards Minot dan George Hoyt Whipple akhirnya berjaya mengasingkan vitamin B12 dari hati. Untuk itu, ketiga-tiga orang ini berkongsi Hadiah Nobel 1934 dalam Perubatan.